Wednesday, November 5, 2008

Wahai Remaja ! Kawal nafsu jadi manusia mulia

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.

Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga

manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.

Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: "Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia."

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.

Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu 'amarah' (nafsu jahat), 'lawwamah' (menyesal apabila buat kejahatan) dan 'mutmainnah' (tenang).

Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.

Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:

- Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.

- Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.

- Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?

- Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.

- Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.

- Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:

- Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.

- Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.

- Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.

- Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).

- Banyak bersedekah.

- Berkawan dengan orang miskin.

Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.

Masalah Giant-MB T'ganu kekal misteri

Menteri besar Terengganu memanjangkan lagi teka-teki masalah kelewatan pembukaan pasar raya besar Giant di Kerteh selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Datuk Ahmad Said tidak menghuraikan dengan jelas isu tersebut, malah menggesa media mendapatkan maklum balas daripada pegawai tinggi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd sebelum beliau sendiri memberikan ulasan lanjut.

Malaysiakini minggu lepas mendedahkan Giant gagal beroperasi di Mesra Mall lebih sebulan akibat gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan Ahmad.

Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu, ia bercadang membuka premis barunya itu di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen.

giant hypermarket and mesra mall terengganu 281008 buildingRangkaian pasar raya milik GCH Retail (Malaysia), yang berusia 60 tahun, difahamkan ingin dibuka selewat-lewatnya 15 Oktober tetapi hingga sekarang tidak jelas kenapa belum menjalankan perniagaan.

Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu "berkaitan dengan Datuk Ahmad", yang juga wakil rakyat Kijal.

Usaha Malaysiakini banyak kali sejak Selasa minggu lepas gagal mendapatkan reaksi menteri besar berkenaan.

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian selepas pulang dari luar negara Khamis lepas, Ahmad dilaporkan bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika bertemu media selepas mesyuarat mingguan exco tadi.

Dalam sidang media hari ini, difahamkan Ahmad menyatakan Giant "tidak boleh buka dulu, baru buat permohonan."

Beliau juga mengakui pernah berunding dengan pegawai tinggi pasar raya besar sebelum ini.

Sumber di Giant sebelumnya bagaimanapun mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK.

Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd di atas tanah seluas 12 hektar dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh exco pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi Datuk Mohamed Awang Tera pada 10 Oktober lepas.

Difahamkan Giant merupakan penyewa utama kompleks membeli-belah yang diberikan jolokan "mutiara timur anda."

Menurut pelan lantai Mesra Mall, Giant ditempatkan di penghujung kanan dan kiri bahagian depan kompleks itu.

Pemuda PAS Terengganu Tumpu Ke bawah

Kuala Terengganu – Pemuda PAS Terengganu kini memberi tumpuan menggerakkan anggota Pemuda turun ke kawasan masing-masing terutama di peringkat kampung bagi menarik perhatian masyarakat terhadap dasar parti itu.


Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ariffin Deraman percaya, hanya langkah tersebut sahaja mampu menarik minat golongan muda di kampung berjuang untuk PAS.

“Dengan mendekati masyarakat di kampung, kita yakin tumpuan golongan belia terarah kepada PAS sebagai kepimpinan masa depan.

”Pemuda perlu memastikan mereka dapat mencapai sasaran di peringkat tersebut.

“Selain itu, kita juga mempunyai lebih kurang 40 buah pusat komuniti di negeri ini bertujuan mengumpul golongan muda melakukan aktiviti jasmani bagi mengelakkan mereka mendekati gejala sosial,” katanya.

Katanya, sehingga kini, anggota Pemuda yang aktif dengan PAS datang daripada pelbagai bidang yang boleh membantu menstabilkan kedudukan parti itu dari sudut pendidikan dan kemahiran.

“Sekiranya mereka dalam bidang agama, kita harap jadi orang yang tinggi agamanya sehingga boleh dijadikan tempat rujukan,” katanya.

Tuesday, November 4, 2008

Ke Mana Hala Tuju Mahasiswa

tajuk ini merupakan ditujukan khas untuk mahasiswa yang sedang menuntut di universiti-universiti yang ada dalam negara kita. apa yang nak dibincangkan dini ialah. kemana hala tuju mahasiswa setelah tamat pengajian. di sini fokus utama ialah mahasiswa yang menyertai jemaah di IPT masing. apa yang dapat diperhatikan disini, kebanyakan mahasiswa kuat berjuang dalam kampus, bila kelaur sahaja pengajian mereka tidak menyertai perjuangan di luar. kenapa ini harus terjadi? ana dapat saksikan sendiri perjuangan kampus. mereka cukup bersemangat memperjuangkan islam. tapi keluar sahaja kampus mereka tidak aktif seperti mana mereka aktif dikampus. dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan? ana dapat buktikan sendiri melalui Dun ana. apa yang diperhatikan, mahasiswa dalam dun kota putera ramai, tapi kenapa mereka tidak menyertai perjuangan kami? adakah mereka diri mereka merasa tinggi dan tak layak duduk bersama kami? ana tahu, pimpinan peringkat dun sendiri bukanlah dari golongan yang pendidikan yang tinggi. memang kami tak setaraf mahasiswa. jadi pesanan ana kepada golongan mahasiswa yang memperjuangkan islam dikampus seharusnya memperjuangkan juga di luar sana. kami diluar memerlukan golongan cerdik pandai. kami juga memerlukan golongan muda untuk berjuang. bangunlah sahabat sahabiah, ayuh berjuang bersama-sama menetang kezaliman. ingat kita jangan berjuang kerana semangat dan nafsu, kita mesti berjuang dengan ilmu dan taqwa kepada Allah. kita mesti ajak manusia kepada Allah, jangan ajak manusia kepada jemaah kita. semoga perjuangan kita semua diberkati Allah dengan RahmatNya... amin...

RENUNGAN SEBAGAI PEDOMAN MENUJU KAMPUNG AKHIRAT

Walau bagaimana besar sekalipun darjatmu di dunia ini, satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi.

Sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di azab dalam perut bumi.

Walau banyak manapun ketawamu di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi.

Sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan meminum barang haram, satu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.

Walau bagaimana banyak sekalipun harta yang kamu kumpul, satu hari nanti akan musnah juga harta itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi.

Walau banyak mana sekalipun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap gelita dalam perut bumi.

Walau bagaimanapun kamu berlagak dan bertakbur diatas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di hina di dalam perut bumi.

Walau bagaimana ramai sekalipun sahabatmu di atas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan keseorangan dalam perut bumi.

sekitar ijtima' kepimpinan PAS N. Trg






Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan

Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat hari ini sebagai membantah keengganan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak melayan pertanyaan yang dikemukakan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009.

opposition mps walk out of parliament 041108 06Najib memberitahu dewan bahawa beliau akan menjawab soalan-soalan dari ahli Parlimen selepas selesai menyampaikan ucapannya.

Sehubungan itu, beliau tidak membenarkan beberapa percubaan oleh ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan penjelasan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga kecewa kerana perangkaan dalam ucapan Najib itu, berbeza dengan perangkaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri kewangan September lalu.

Sebelum itu, Tian Chua (PKR-Batu) menyebabkan Pandikar Amin Mulia hilang sabar apabila beliau berkeras mengatakan bahawa ‘bajet baru’ itu melanggar Perintah Tetap 66(1) berhubung pembentangan rang undang-undang bajet.

Beliau mengarahkan Tian keluar dewan sepanjang ucapan itu disampaikan.

Berikutan itu semua ahi Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan, dengan ketuai Anwar, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok).

parliament stimulas package najib 041108 pc 02Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata tindakan anggota Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat ketika sesi penggulungan kementerian kewangan hari ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata pembangkang tidak sepatutnya bertindak demikian kerana apa yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat adalah langkah tambahan yang begitu penting untuk masa depan negara dan juga untuk membela kepentingan rakyat.

"Jadi dalam pembentangan seperti ini, mereka sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan menunjukkan sikap yang membina sepatutnya hadir dalam masa pembentangan itu.

"Ini satu yang rakyat mesti sedar bahawa mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pembangkang yang konstruktif dan bertanggungjawab,"katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Ketika sesi penggulungan Kementerian Kewangan yang bermula 4.30 petang ini, pembangkang bertindak keluar Dewan selepas tidak puas hati kerana mendakwa Najib tidak memberikan mereka peluang untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan.

Najib yang juga menteri kewangan berkata beliau membuat keputusan tidak memberikan laluan untuk penjelasan sehingga selesai pembentangan peringkat pertama kerana ingin memberikan gambaran yang jelas supaya tidak ada pihak yang terkeliru dengan langkah dan dasar baru yang dibentangkan.

"Elok saya buat pembentangan dulu. Bila dah nampak gambaran keseluruhannya, kalau mereka nak buat pertanyaan penjelasan, saya sanggup memberi penjelasan.

"Tapi nampaknya mereka tidak sabar dan nak keluar juga.

"Saya memang dah janji bahawa saya akan bagi masa untuk mereka membuat sebarang pertanyaan dan penjelasan. Saya bukan menafikan, saya menggunakan hak saya untuk menentukan bila saya nak bagi peluang," katanya.

Ketika ditanya sama ada kekeliruan berlaku di antara bajet baru dan bajet tambahan yang dibentangkan hari ini, Najib berkata: "Ini bukan bajet baru sebab dari segi jumlah untuk perbelanjaan pembangunan dan untuk bajet perbelanjaan pengurusan ia masih kekal pada paras yang sama."

"Mahu kasi laluan atau tidak semasa ini?" soal Pandikar Amin kepada Najib.

opposition mps walk out of parliament 041108 08Najib menjawab: "Saya nak bentangkan, itu hak saya Tuan Yang Dipertua. Itu hak saya."

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata tindakan ahli Parlimen pembangkang meninggalkan sesi berkenaan disebabkan rasa tidak puas hati dengan pendirian yang diambil oleh Najib.

"Kami menunggu sejam untuk mendapatkan kebenaran menteri bagi membolehkan kami memberi respons dan mengambil bahagian dalam perbahasan. Inilah masanya untuk menteri menjawab isu yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen," katanya.

opposition mps walk out of parliament 041108 07Anwar juga mendakwa timbalan perdana menteri telah mengemukakan usul dan cadangan baru terhadap Bajet 2009 yang dibentangkan sebelum ini.

Manakala Lim yang hadir sama di sidang akhbar tersebut, pula berkata insiden tersebut merupakan satu permulaan yang malang pada hari pertama Najib sebagai bakal perdana menteri.

“Kami datang untuk berb ahas, bukan untuk mendengar syarahan ekonomi oleh menteri kewangan,” kata Nasharuddin.

assalamualaikum w.b.t

pertama sekali syukur pada Allah SWT kerana dengan limpah hidayahNya dapat lagi kita meneruskan hidup walaupun kehidupan ini banyak dugaan dan cubaan. sesiapa yang ambil jalan Allah redha maka selamat dia sama ada di dunia dan akhirat. sesiapa yang mengambil jalan yang tidak diredhai Allah, maka meranalah hidup dunia mahupun akhirat. jadi sama-samalah kita perbaiki amalan kita supaya ianya mudah-mudahan diterima oleh Allah dengan rahmatnya. segala kekurangan dalam blog ini ana memohon maaf kerana manusia tiada yang sempurna...

wassalam..