Wednesday, November 5, 2008

Pemuda PAS Terengganu Tumpu Ke bawah

Kuala Terengganu – Pemuda PAS Terengganu kini memberi tumpuan menggerakkan anggota Pemuda turun ke kawasan masing-masing terutama di peringkat kampung bagi menarik perhatian masyarakat terhadap dasar parti itu.


Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ariffin Deraman percaya, hanya langkah tersebut sahaja mampu menarik minat golongan muda di kampung berjuang untuk PAS.

“Dengan mendekati masyarakat di kampung, kita yakin tumpuan golongan belia terarah kepada PAS sebagai kepimpinan masa depan.

”Pemuda perlu memastikan mereka dapat mencapai sasaran di peringkat tersebut.

“Selain itu, kita juga mempunyai lebih kurang 40 buah pusat komuniti di negeri ini bertujuan mengumpul golongan muda melakukan aktiviti jasmani bagi mengelakkan mereka mendekati gejala sosial,” katanya.

Katanya, sehingga kini, anggota Pemuda yang aktif dengan PAS datang daripada pelbagai bidang yang boleh membantu menstabilkan kedudukan parti itu dari sudut pendidikan dan kemahiran.

“Sekiranya mereka dalam bidang agama, kita harap jadi orang yang tinggi agamanya sehingga boleh dijadikan tempat rujukan,” katanya.

No comments: